Wednesday, December 16, 2015

5 SEBAB KENAPA INSURANS TAK BOLEH CLAIM



Assalamualaikim wbt.
Allahumma salli `ala muhammad


"Insurans Penipu!!!
Masa ambik janji macam-macam.Semua cover lah,senang claim lah. Masa jual mulut manis.Bulan bintang semua boleh.Bila masa nak claim,itu tak boleh,ini tak boleh,apa pun tak boleh!!ejen pun tak nampak bayang!!" 

Biasa tak dengar cerita macam kat atas tentang insurans yang suka menipu orang?nak claim susah.Pengalaman-pengalaman macam ni selalunya memberi kesan bukan saja pada "mangsa" yang tak boleh claim insurans, tapi orang sekeliling pun kadang-kadang turut rasa hilang kepercayaan untuk percaya pada insurans bila dengar cerita dari mulut ke mulut tentang pengalaman orang lain.

Bila berhadapan dengan "mangsa" yang mendakwa menjadi mangsa penipuan insurans, saya akan tanya mereka..
"Kenapa tak boleh claim?"
Kebanyakan jawapan, mereka sendiri tak pasti sebab sebenar kenapa mereka tak boleh claim.Apa yang mereka tahu, process nya susah dan mereka rasa tertipu. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa sesuatu insurans itu tak boleh nak claim. Jom saya kongsikan 5 sebab kenapa insurans tak boleh claim...



#1 POLICY LAPSED


Policy Lapsed berpunca daripada premium insurans yang tidak dibayar. Untuk policy investment-link policy akan lapsed bila cash value telah kosong dan tiada bayaran diterima. Mungkin anda ada sebab-sebab tersendiri kenapa anda tidak membayar premium insurans tersebut. Mungkin terlupa, mungkin ada masalah kewangan,mungkin juga anda memang tak nak lagi meneruskan caruman kerana ada perkara lain yang lebih penting daripada insurans. Untuk client-client saya, saya akan remind tentang payment setiap bulan jika ada tunggakan atau pun policy lapsed. Bila policy anda lapsed, maksudnya contract anda dengan syarikat insurans telah tamat. bermakna anda dah tak dilindungi lagi oleh syarikat insurans dan bermakna syarikat insurans tak akan membayar apa-apa tuntutan lagi.


Saya nak kongsikan satu kisah benar yang berlaku tahun lepas.Salah seorang pelanggan Prudential BSN Takaful contact ejen diawal pagi tanya status policy takaful anak beliau seperti dalam gambar diatas. Polisi takaful anak beliau dah lapsed beberapa bulan sebelum kejadian. Yang menyedihkan, policy anak beliau lapsed sebab si bapa "nak beli kereta estima".

Kesimpulannya berunding lah dengan ejen / syarikat takaful anda jika anda menghadapi masalah kewangan sehingga menjejaskan bayaran insurans anda. Mungkin ejen boleh mencadangkan untuk pengubahsuaian pelan insurans bagi mengurangkan jumlah premium atau apa-apa tindakan yang sepatutnya. Utamakan lah perkara keperluan berbanding kehendak. Masalah timbul bila pencarum tak berhubung dengan agent ketika nak buat claim. terus je buat claim padahal masa tu policy dah lapsed.


#2 MANFAAT TIADA DALAM POLICY

Terdapat pelbagai jenis manfaat insurans dipasaran.Contohnya manfaat pampasan kematian,pampasan sakit kritikal,pampasan kematian disebabkan kemalangan,manfaat perubatan,kad perubatan dan pelbagai lagi. Ada juga yang salah faham tentang perbezaan antara manfaat insurans.

Contohnya perbezaan antara life insurans dengan PA(personal Accident) insurans. Kedua-duanya membayar pampasan kematian dan TPD tetapi PA insurans hanya membayar pampasan jika kematian dan TPD adalah disebabkan oleh kemalangan.Manakala life insurance pulak membayar pampasan kematian dan TPD desebabkan oleh penyakit dan juga kemalangan.

Masalah timbul apabila anda signup plan PA,tetapi meninggal disebabkan penyakit(kanser sebagai contoh), kemudian waris pergi ke syarikat insurans untuk membuat tuntutan. Tiada sebarang pampasan akan dibayar kerana plan PA insurans tidak membayar pampasan jika kematian disebabkan penyakit.Maka ini mungkin menimbulkan perasaan rasa tertipu. 

#3 EXCLUSION

Exclusion atau dalam bahasa melayu nya pengecualian. Exclusion bermakna syarat-syarat tertentu yang menyebabkan pihak insurans tidak akan membayar sebarang pampasan/kos kepada pencarum. Terdapat dua jenis exclusion. Iaitu general exclusion dan special exclusion.

General exclusion adalah syarat-syarat pengecualian umum yang diberikan oleh syarikat insurans kepada semua pencarum. Kebanyakan syarikat insurans mengguna pakai general exclusion yang hampir sama. Antara contoh general exclusion didalam policy PruBSN Takaful adalah seperti pengecualian untuk rawatan pergigian kecuali disebabkan oleh kemalangan, pengecualian rawatan untuk penyakit mental, pengecualian untuk penyakit konginetal dan keturunan dan banyak lagi.Sila rujuk polisi anda untuk senarai general exclusion yang lebih lengkap.

Speacial exclusion pula adalah syarat-syarat pengecualian kepada individu tertentu. Special exclusion kebiasaannya disebabkan pre-existing illness atau pun penyakit sedia ada. Contoh seperti gambar dibawah ini. Untuk kes dibawah, client ni ada history endometriosis dan ovarian cyst pada tahun 2003 dan berulang lagi pada tahun 2013. Jadi, bila apply insurans pada tahun 2015, client ni dapat special exclusion seperti dalam gambar.



Kadang-kadang pencarum terlupa syarat exclusion mereka atau tak faham dengan syarat exclusion. Bila mereka melakukan claim, rupa-rupanya penyakit tersebut termasuk dalam syarat exclusion. Maka claim tak akan dibayar oleh pihak syarikan insurans. 


#4 NON-DISCLOSURE

Non-Disclosure adalah kegagalan pencarum untuk declare sesuatu maklumat penting kepada pihak insurans. Dalam borang permohonan insurans, pihak syarikat menyediakan soalan-soalan berkaitan pekerjaan, status merokok, gaya hidup, kesihatan dan banyak lagi. Apabila pihak syarikat mendapati pencarum gagal memberikan maklumat yang sebenar atau dalam kata lain, pencarum menyembunyikan maklumat sebenar, maka berlaku lah non-disclosure

Kesan pada non-disclosure, policy akan dinilai semula.Kemungkinan yang akan berlaku adalah policy mungkin void(terbatal) atau pencarum diberikan special exclusion. 

Seperti contoh dalam gambar dibawah, pencarum menyembunyikan maklumat kesihatan beliau semasa membuat permohonan insurans. Pada satu hari, pencarum ingin melakukan tuntutan. Daripada report-report doktor, pihak syarikat insurans mendapati terdapat non-disclosure. Kesannya, policy pencarum void dan semua caruman yang telah dibayar dipulangkan semula kepada pencarum. Dari pihak pencarum, beliau merasakan pihak insurans tidak mahu membayar claim beliau yang agak tinggi jumlah nya dan sengaja mencari issue dan beliau hilang kepercayaan kepada syarikat insurans.



#5 WAITING PERIOD

Apabila kita sign-up pelan insurans, bukan semua benefit boleh digunakan serta merta. Terdapat waiting period atau tempoh menunggu tertentu yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh waiting period untuk policy PruBSN Takaful adalah seperti gambar dibawah



Ada sesetengah pencarum salah faham tentang waiting period.Contohnya untuk penyakit Batu karang. Waiting period adalah 120 hari. Pencarum mendapat symptom awal dan berjumpa dengan doktor 2 bulan selepas policy lulus. Tapi disebab kan tempoh menunggu adalah 120 hari, beliau menunggu sehingga habis 120 hari dan melakukan tuntutan selepas itu.Ini adalah tidak benar.  Symptom dan rawatan pertama mestilah wujud selepas waiting period bukannya symptom dan rawatan pertama wujud dalam waiting period dan kemudian tuntutan dilakukan selepas habis waiting period.

Apabila waiting period tidak dipatuhi, claim tidak akan dibayar oleh syarikat insurans kepada pencarum. Salah faham tentang waiting period atau tidak tahu langsung tentang waiting period dan kemudian claim tidak dibayar, menyebabkan sesetengah pencarum rasa tertipu.



Kesimpulannya, fahamilah policy insurans anda. Apabila menerima policy insurans anda, minta bantuan ejen (untuk insurans yang diambil melalui ejen) untuk memahami terma dan syarat didalam policy. Sekiranya tiada ejen, minta lah bantuan daripada sesiapa yang pakar dalam bidang insurans dan takaful. Kebanyakan isu tidak boleh claim atau claim tidak dibayar, adalah berpunca daripada pencarum itu sendiri yang tidak faham atau salah faham tentang terma dan syarat insurans mereka.

Kalau anda salah seorang yang menghadapi masalah untuk memahami terma dan syarat polisi insurans anda, boleh hubungi saya.InsyaAllah saya sedia membantu.



HasanahNordin
012.682.7664
Muqmeen Group
Prudential BSN takaful

No comments:

Post a Comment