Assalamualaikim wbt.
Allahumma salli `ala muhammad
Apa khabar anda semua hari ni? harap sihat walafiat hendaknya. Lagi-lagi kalau anda belum memiliki perlindungan insurans. Hari ni saya nak share tentang permohonan insurans.
"Kalau dah sakit boleh mohon insurans tak?"
Anda rasa apa jawapannya?
Bila melakukan permohonan insurans, ada 5 kemungkinan keatas permohonan kita bergantung kepada banyak faktor. Salah satunya adalah faktor kesihatan.
Jom saya kongsikan apa dia 5 kemungkinan tersebut..
#1 - APPROVED
Jika permohonan kita tiada sebarang masalah kesihatan, tiada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang boleh diwarisi, tak terlibat dengan aktiviti ekstrim, pekerjaan yang berisiko tinggi, negara yang bergolak atau perang, dan beberapa perkara lain, proses underwriting lebih cepat dan permohonan kita akan lulus tanpa tanpa sebarang loading atau exclusion.
Bagi permohonan yang ada sejarah kesihatan atau terlibat dengan perkara-perkara lain macam yang saya senaraikan kat atas tu, kes macam ni biasanya ambik masa lebih lama. pihak underwriter akan keluarkan 'requirement' berbentuk Questionnaire,Medical examination atau Personal Medical Attendance Report ataupun salinan-salinan document sebagai bukti bagi kes-kes tertentu. Bila semua requirement dah diselesaikan, dan pihak underwriter berpuasa hati barulah permohonan approve tanpa sebarang loading dan exclusion.
#2 - RATED-UP
Rated-up atau loading adalah bila permohonan kita diluluskan tetapi dengan kenaikan harga tertentu. Rated-up kebiasaannya berlaku bila pemohon mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada standard maka kadar rated-up tertentu akan dikenakan. Diantara kemungkinan untuk dikenakan rated-up seperti pemohon yang mempunyai sejarah darah tinggi,berat badan berlebihan,sejarah keluarga yang mempunyai risiko penyakit untuk diwarisi dan pelbagai lagi.
Contoh rated-up adalah seperti 25%,50%,100% dan seterusnya. Maknanya, pemohon perlu membayar lebih tinggi mengikut kadar rated-up yang ditentukan tetapi penyakit atau risiko yang dikenakan rated -up akan tetap dilindungi.
#3 - EXCLUSION
Exclusion atau pengecualian bermakna, terdapat syarat-syarat tambahan yang dikenakan keatas policy pemohon yang mana sesetengah perkara tidak dilindungi oleh syarikat insurans.
Setiap polisi memang mempunyai general exclusion antaranya seperti exclusion untuk rawatan pergigian, exclusion untuk pre-existing illness dan banyak lagi.Sila rujuk polisi anda.
Exclusion yang saya maksudkan disini adalah exclusion khas untuk sesuatu policy.Contohnya jika pemohon pernah menghidap batu karang, kemungkinannya, syarikat tidak akan melindungi sebarang penyakit berkaitan batu karang. Maka surat exclusion akan dikeluarkan kepada pemohon.
Berlaku juga keadaan dimana sesetengah permohonan diterima dengan kedua-dua keadaan iaitu rated-up dan exclusion. Ini bergantung kepada risiko pemohon tersebut.
#4 - POSTPONED
Postponed atau ditangguh. Sesetengah permohonan ditangguh sehingga suatu masa tertentu. Selepas tempoh waktu tersebut, permohonan boleh dilakukan semula. Keadaan terkini pemohon akan dinilai semula. Jika keadaan memenuhi syarat, permohonan akan diterima.
#5 - DECLINED
Kemungkinan terakhir adalah permohonan Declined iaitu syarikat tidak dapat menawarkan apa-apa perlindungn kepada pemohon diatas sebab-sebab tertentu. Dua jenis decline iaitu yang pertama decline keseluruhan plan dan yang kedua decline untuk manfaat tertentu sahaja contohnya medical card decline tetapi syarikat masih menawarkan perlindungan kematian dan kemalangan.
Untuk No 2-3 , pihak syarikat akan mengeluarkan Conditional Acceptance Letter (CAL) yang mana kita berhak untuk menerima terma dan syarat perlindungan atau tidak. Kalau kita tak bersetuju, kita berhak untuk membatal kan permohonan kita dan duit caruman pertama akan dikembalikan semula.
Manakala untuk kemungkinan ke 4, surat postpone akan dikeluarkan dan duit caruman pertama akan dikembalikan.
Dan untuk keadaan ke 5, sekiranya decline keseluruhan plan, surat decline akan diberikan dan caruman akan dipulangkan semula. Tapi jika decline pada manfaat tertentu sahaja, CAL akan diberikan untuk memberi pilihan kepada pemohon samaada bersetuju atau tidak.
Harap sedikit penerangan diatas tu dapat memberi sedikit pemahaman tentang permohonan insurans.
Sekarang anda ada pilihan nak memohon insurans hari ni semasa masih sihat atau masih nak bertangguh setelah sakit..
Fikir-fikirkan dan selamat beramal ..
HasanahNordin
012.682.7664
Muqmeen Group
Prudential BSN takaful


No comments:
Post a Comment