Saturday, November 28, 2015

BENARKAH KAKITANGAN KERAJAAN MENDAPAT RAWATAN PERCUMA???



Sekadar hiasan.Sumber google





Assalamualaikim wbt.
Allahumma salli `ala muhammad

Cerita daripada prospek saya,Rin...
Beberapa bulan lepas ayah Rin accident. Motor yang ditunggang beliau dilanggar kereta masa balik dari kerja. Ayah Rin seorang polis marin di Port Klang. 

Untuk kes2 kemalangan, kalau kita hubungi 999, ambulance hospital kerajaan terdekat yang akan datang. Ayah Rin dibawa ke HTAR. Sampai di HTAR, di emergency, waktu menunggu yang lama adalah perkara biasa. walaupun kita ni dah terbaring kesakitan.

Rin cakap kat ayah dia nak transfer ke hospital private. Boleh guna medical card yang ayah Rin ambil dengan insurans XYZ.Tapi ayah Rin kata, "kat hospital kerajaan pun okay. Ayah kan kerja kerajaan." Selesai urusan di emergency selepas beberapa jam menunggu, akhirnya ayah Rin ditempatkan di ward. 

Secara luaran, kecederaan ayah Rin nampak tak teruk. Tapi doktor kata tulang hancur didalam. Doktor perlu buat pembedahan memasukkan besi. Harga besi dalam RM3ribu lebih. Besi perlu dibeli terlebih dahulu dengan supplier. Keluarga pesakit kene bayar untuk beli besi tu, baru pembedahan akan dijalankan. Selagi tak bayar, pembedahan tak akan dibuat. 

Tiga ribu???? Mungkin nampak macam sikit bagi orang ada duit. Tapi besar jumlahnya bagi yang tak ada duit. Rin dengan emak dia berfikir mana nak cari duit? Akhirnya mereka decide untuk mintak bantuan zakat. 

Pegi ke pejabat zakat, jawapan pejabat zakat, mereka tak beri cash untuk kes macam ni. Mereka hanya bayarkan bill tertunggak atau kita bayar dulu kemudian mohon bantuan untuk claim semula. 

Rin nekad untuk transfer ayah dia ke private. Itu pilihan yang mereka ada untuk dapatkan rawatan segera.Bila Rin cakap pada doktor, doktor marah.."kalau nak transfer, doktor sana kene call sini. Bukan saya call doktor sana"(sepatutnya memang macam tu prosidur dia.untuk yang ada ejen,itu adalah salah satu tugas ejen) Rin usahakan pergi cari doktor di hospital private.Rin pernah kerja sekejap kat hospital private tu, so Rin kenal lah sikit2 doktor kat sana.

Lepas berbincang dengan doktor kat private dan beberapa urusan, ayah Rin berjaya transfer dari HTAR ke Hospital Sri Kota. Lepas transfer, lebih kurang sehari , urusan pembedahan dilakukan. Lepas beberap hari, ayah Rin dibenarkan discharge. Total bil dalam lebih kurang RM23ribu.Kos dibayar oleh medical card insurans XYZ tersebut. 

Alhamdulillah.. Sekarang ayah Rin masih dalam process untuk pulih. Sekarang masa untuk kita fikirkan beberapa perkara...

1) Kakitangan Kerajaan dapat rawatan percuma? 
Rawatan percuma,tapi kes nak masuk besi macam ni, besi tu kita perlu beli dulu dengan supplier. Dah selesai keluar hospital, besi boleh claim semula dgn jabatan masing2. Tapi soalannya, kita ada duit tak nak beli besi tu?? Itu baru 3 ribu, kalau jadi kat kita kene 13ribu? Ada duit tak nak upfront kan ? Kalau kita bukan kakitangan kerajaan, nak claim kat sapa? Anggap lah duit hangus..

2) Tempoh menunggu yang lama di emergency memang expected . Kita rasa kita sakit sangat, tapi sekeliling kita lagi kritikal. Untuk operation pun kadang2 bilik OT full untuk banyak kes lain yg lebih kritikal.  Sanggup tak nak tunggu dalam kesakitan? Saya tak menyalahkan hospital, sebab kita sendiri maklum macam mana ramainya pesakit hospital kerajaan.

3) ambil medical card tu bukan sebab kita nak bilik cantik2, hospital best2 semata2.. Yang kita kadang2 tak perasan, kita ada pilihan untuk dapat rawatan pada kadar paling segera. Sebab tu hospital swasta mahal. Kita perlu membayar harga rawatan segera tersebut selain membayar keselesaan di wad mereka. 

4) salah satu sebab lagi Rin nak transfer ayahnya,Rin kesian pada emak dia yang menemankan ayah nya di wad. Keadaan yang tak selesa,bersesak-sesak, susah ke bilik air,tak ada privacy menjaga aurat dan macam-macam lagi. Anda pernah terfikir?

Kalau semua yang membaca posting ni mampu dan layak untuk memiliki medical card dan bertindak segera untuk memiliki medical card, betapa baik nya kalian. Semoga Allah membalas kebaikan anda sebanyak-banyak nya.Dengan anda memiliki medical card dan mendapatkan rawatan dihospital swasta,anda :

1) Memberi ruang dan peluang pada golongan yang tak mampu dan tak layak mengambil medical card, mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. 

2) Anda dah membantu mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

3) Membantu orang lain mendapat rawatan lebih cepat sebab tempat2 dan giliran yang sepatutnya tempat dan giliran anda, anda beri pada orang lain sebab anda dah pergi ke hospital private.

Lepas kejadian yang berlaku pada ayah Rin, Rin rasa, nak tak nak Rin perlu jugak ada medical card. Dan Rin bertindak segera.
Anda bagaimana??

Hubungi saya untuk khidmat rundingan percuma :

HasanahNordin
012.682.7664
Wealth Planner
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful Berhad






No comments:

Post a Comment