Assalamualaikim wbt.
Allahumma salli `ala muhammad
Medical card bukan lah sesuatu yang baru kepada rakyat Malaysia. Memiliki medical card juga bukan lah hanya untuk golongan yang kaya. Kini, boleh dikatakan pelbagai lapisan masyarakat telah memiliki medical card. Tapi masih ada lagi yang tak tahu APA ITU MEDICAL CARD? Medical card adalah satu kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans dan takaful sebagai fasiliti tambahan untuk membolehkan pemegang kad tersebut mendapatkan rawatan di hospital-hospital panel tanpa perlu membayar menggunakan duit mereka sendiri atau hanya sekadar membayar pada kadar yang sangat minima.
Dalam memilih medical card,kadang-kadang macam sangat memeningkan kepala bagi sesetengah orang. Semua pilihan macam bagus.Semua pilihan macam baik. Jadi medical card yang mana satu yang perlu dipilih? Nak pilih medical card syarikat ABC ke XYZ? Kalau yang syarikat ABC ni,nak ambik plan DEF ke atau JKL? Jom saya kongsikan 5 panduan dalam memilih medical card yang bersesuaian dengan kita.
#1 - Medical Card standalone atau investment-link
Ada 2 jenis medical card dipasaran. Iaitu standalone medical card dan rider investment-link. Standalone medical card merujuk kepada medical card sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Medical card pada plan investment-link pula adalah rider yang diambil bersama-sama dengan produk lain.
Ciri-ciri Standalone Medical card
- Harganya lebih rendah
- Tidak perlu mengambil produk asas
- Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
- Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, medical card akan luput.
- Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding standalone)
- Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan waiver(Sumbangan menjadi percuma apabila didiagnos sakit kritikal atau TPD)
- Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai.
- Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
#2 - Full Coverage atau Co-Takaful
Dua jenis medical card dari segi perlindungan adalah full coverage dan co-takaful. Pelan full coverage ialah suatu pelan medical card yang membayar 100% bill perubatan kecuali item-item yang tidak dilindungi seperti non-medical item dan alat sokongan seperti tongkat.
Pelan co-takaful pula,berlaku perkongsian bayaran kos perubatan antara syarikat takaful dengan pemegang medical card. Sebagai contoh, Co-takaful 10% daripada bill.Maksudnya, pemegang medical card perlu menanggung 10% daripada jumlah kos perubatan dan syarikat takaful hanya membayar 90%.Sesetengah syarikat takaful menawarkan co-takaful dengan had tertentu seperti minimum RM300 dan maximum RM1,000.
Contoh :
Jumlah bill : RM23,000
Co-takaful : 10% dengan minimum RM300 dan max RM1,000
Jumlah ditanggung pemegang medical card : RM1,000 (10% daripada
jumlah bill adalah RM2,300.Tapi Max co-takaful adalah RM1,000)
Jumlah ditanggung syarikat takaful : RM22,000
Terdapat juga pelan co-takaful yang tiada had minimum atau tiada had maximum atau hanya ada had maximum tanpa had minimum tetapi mengenakan penalti yang lebih tinggi sekiranya pemegang medical card upgrade bilik hospital.
Contoh :
Jumlah bill : RM23,000
Co-takaful : 10% tanpa had minimum dan had maximum RM500.
Sekiranya upgrade bilik, penalti 20% dikenakan tanpa
had maximum.
Harga bilik yang layak : RM200
Upgrade bilik : Ya. (Bilik RM200 dan yang lebih rendah penuh dan
terpaksa upgrade kepada bilik RM250)
Jumlah ditanggung pemegang medical card : RM4,600 (20% drp bill)
Jumlah ditanggung syarikat takaful : RM18,400
Pemegang medical card perlu faham perbezaan antara co-takaful dan deposit. Deposit adalah wang cagaran yang diminta dan ditentukan oleh pihak hospital.Lain hospital lain jumlah nya. Sekiranya pelan anda adalah full coverage,jika hospital mintak deposit,wang deposit akan dipulangkan semula ketika discharge. Tetapi untuk pelan co-takaful,deposit akan dipulangkan setelah tolak dengan jumlah co-takaful.sekiranya tidak mencukupi,pemegang kad perlu menambah lagi untuk menampung kos co-takaful.
Kesimpulan : Pendapat peribadi saya ,pelan full coverage adalah lebih baik. Pemegang medical card tidak perlu pening kepala untuk menyediakan wang co-takaful disaat-saat kecemasan.
#3 - Had Tahunan dan had seumur hidup serta tempoh perlindungan
Pertimbangan lain adalah mengenai had tahunan dan had seumur hidup. Had tahunan adalah jumlah maximum yang boleh digunakan untuk setiap tahun manakala had seumur hidup adalah had keseluruhan sepanjang tempoh perlindungan medical card. Sekiranya pada tahun tersebut,penggunaan medical card melebihi had tahunan, pemegang medical card perlu menanggung sendiri lebihan tersebut dan pada tahun depan,had tahunan akan di set semula.Begitu lah seterusnya sehingga habis had seumur hidup.
Contoh :
Tempoh perlindungan medical card : sehingga umur 80 tahun
Had Tahunan : RM100,000
Had seumur hidup : RM1,000,000 sehingga umur 80 tahun
Had tahunan pada tahun 2014 :RM100,000
Penggunaan bagi tahun 2014 : RM50,000
Baki had seumur hidup : RM950,000
Had tahunan pada tahun 2015 : RM100,000
Penggunaan bagi tahun 2015 : RM100,000
Baki had seumur hidup : RM850,000
Kebiasaannya, had tahunan ini berkadar langsung dengan kelayakan harga bilik. Semakin tinggi kelayakan bilik penginapan, semakin tinggi had tahunan dan had seumur hidup medical card tersebut.
Contoh :
1) Kelayakan bilik : RM200
Had Tahunan : RM60,000
Had Seumur hidup : RM600,000
2) Kelayakan bilik : RM500
Had Tahunan : RM200,000
Had Seumur hidup : RM 4,000,000
Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan adalah tempoh perlindungan medical card. Terdapat syarikat yang menawarkan perlindungan sehingga umur 70,80 dan ada juga yang sehingga 100 tahun.Kebiasaannya semakin lama tempoh perlindungan,semakin tinggi harga medical card tersebut.
Kesimpulan : Dengan keadaan inflasi yang agak tinggi dalam kos perubatan, pemilihan medical card yang mempunyai had yang tinggi adalah penting bagi mengelakkan masalah limit yang tidak cukup ketika mendapatkan rawatan.Dan tempoh perlindungan yang lebih lama adalah lebih baik.Tetapi semuanya bergantung kepada bajet kewangan anda.
#4 - Had rawatan kanser dan dialisis
Selain daripada had tahunan dan had seumur hidup, sesetengah syarikat insurans/takaful menetapkan klausa untuk had rawatan kanser dan dialisis diluar daripada had tahunan. Perkara ini juga perlu diambil kira.
Contoh :
1) Syarikat A
Had tahunan : RM60,000
Had seumur hidup : RM600,000
Had rawatan kanser dan dialisis setiap tahun : sehingga habis had
tahunan
2) Syarikat B
Had tahunan : RM60,000
Had seumur hidup : 600,000
Had rawatan kanser dan dialisis setiap tahun : RM20,000 setiap kes.
Kesimpulan : Perkara ini perlu diteliti.yang mana lebih mudah dan lebih baik? Pendapat peribadi saya,medical card dengan manfaat rawatan kanser dan dialisis tanpa had (boleh digunakan sehingga habis had tahunan) adalah lebih baik.
#5 - Guaranteed Renewal
Satu lagi faktor yang perlu anda tahu adalah adakah medical card tersebut guaranteed renewal atau pun yearly renewal basis? Guaranteed renewal ni maksudnya, selagi mana tiada penipuan dan selagi mana kita membayar caruman insurans/takaful tersebut, selagi itu kita mendapat perlindungan medical card tersebut.Syarikat tak boleh suka-suka hati membatalkan medical card kita walaupun kita dah claim ratusan ribu.
Manakala yearly renewal basis pula boleh saya samakan dengan insurans kereta. setiap tahun anniversary, kita perlu renew medical card tersebut. seperti juga kita renew insurans kereta. Masa kita renew insurans kereta, syarikat insuran/takaful akan semak kita punya claim history. Begitu jugak lah medical card yang tidak guaranteed renewal. Kalau kita punya claim history tinggi, syarikat berhak untuk tidak membenarkan pembaharuan medical card. Bayangkan pada ketika itu kita sedang sakit dan memerlukan rawatan,tiba-tiba syarikat insurans/takaful tidak membenarkan pembaharuan medical card.Apa anda rasa?
Kesimpulan : Medical card guaranteed renewal adalah yang terbaik berbanding yearly renewal. Kerana kelebihan nya,sudah pasti terdapat perbezaan harga antara dua jenis medical card ini.
Ini lah sedikit panduan yang dapat saya kongsikan dengan anda. Untuk melakukan perbandingan yang adil antara medical card, perbandingan hendaklah dilakukan secara "apple-to-apple". barulah anda akan dapat membuat perbandingan yang tepat. Sebagai manusia,kita mudah terpesona dengan tawaran-tawaran yang kelihatan menarik tapi tidak mengkaji adakah ia nya menarik diluaran sahaja atau luaran dan dalaman. Contohnya anda tertarik dengan tawaran elaun harian yang ditawaran bersama medical card tersebut. Tapi anda tidak mengkaji adakah elaun dibayar untuk kemasukan kehospital kerajaan atau swasta? Ditawarkan elaun harian tetapi terdapat penalti 20% tanpa had atau had yang tinggi jika upgrade bilik.Sedangkan bila melakukan kira-kira, contohnya untuk kemasukan ke wad selama 3hari 2malam kerana viral fever dan terpaksa upgrade bilik kerana bilik penuh, bayaran penalti itu lebih tinggi daripada elaun wad harian.Berbaloikah? Contoh lain nya,medical card yang menawarkan had tahunan yang tinggi dan tiada had seumur hidup tetapi perlu renew setiap tahun (yearly renewal basis), kelihatan bagus kerana boleh digunakan sebanyak-banyaknya, tanpa kita sedar ianya tidak guaranteed renewal.tiba saat kita nak renew,pembaharuan ditolak kerana claim history yang tinggi.
Oleh itu,pertimbangan yang waras perlu dilakukan supaya tidak tersalah pilih. Jangan mudah terpesona dengan janji-janji manis ejen-ejen insurans/takaful.
Jika anda memerluan khidmat nasihat percuma, boleh hubungi saya . InsyaAllah saya akan membantu anda :)
HasanahNordin
012.682.7664
Wealth Planner
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful Berhad

No comments:
Post a Comment