Saturday, November 28, 2015

BENARKAH KAKITANGAN KERAJAAN MENDAPAT RAWATAN PERCUMA???



Sekadar hiasan.Sumber google





Assalamualaikim wbt.
Allahumma salli `ala muhammad

Cerita daripada prospek saya,Rin...
Beberapa bulan lepas ayah Rin accident. Motor yang ditunggang beliau dilanggar kereta masa balik dari kerja. Ayah Rin seorang polis marin di Port Klang. 

Untuk kes2 kemalangan, kalau kita hubungi 999, ambulance hospital kerajaan terdekat yang akan datang. Ayah Rin dibawa ke HTAR. Sampai di HTAR, di emergency, waktu menunggu yang lama adalah perkara biasa. walaupun kita ni dah terbaring kesakitan.

Rin cakap kat ayah dia nak transfer ke hospital private. Boleh guna medical card yang ayah Rin ambil dengan insurans XYZ.Tapi ayah Rin kata, "kat hospital kerajaan pun okay. Ayah kan kerja kerajaan." Selesai urusan di emergency selepas beberapa jam menunggu, akhirnya ayah Rin ditempatkan di ward. 

Secara luaran, kecederaan ayah Rin nampak tak teruk. Tapi doktor kata tulang hancur didalam. Doktor perlu buat pembedahan memasukkan besi. Harga besi dalam RM3ribu lebih. Besi perlu dibeli terlebih dahulu dengan supplier. Keluarga pesakit kene bayar untuk beli besi tu, baru pembedahan akan dijalankan. Selagi tak bayar, pembedahan tak akan dibuat. 

Tiga ribu???? Mungkin nampak macam sikit bagi orang ada duit. Tapi besar jumlahnya bagi yang tak ada duit. Rin dengan emak dia berfikir mana nak cari duit? Akhirnya mereka decide untuk mintak bantuan zakat. 

Pegi ke pejabat zakat, jawapan pejabat zakat, mereka tak beri cash untuk kes macam ni. Mereka hanya bayarkan bill tertunggak atau kita bayar dulu kemudian mohon bantuan untuk claim semula. 

Rin nekad untuk transfer ayah dia ke private. Itu pilihan yang mereka ada untuk dapatkan rawatan segera.Bila Rin cakap pada doktor, doktor marah.."kalau nak transfer, doktor sana kene call sini. Bukan saya call doktor sana"(sepatutnya memang macam tu prosidur dia.untuk yang ada ejen,itu adalah salah satu tugas ejen) Rin usahakan pergi cari doktor di hospital private.Rin pernah kerja sekejap kat hospital private tu, so Rin kenal lah sikit2 doktor kat sana.

Lepas berbincang dengan doktor kat private dan beberapa urusan, ayah Rin berjaya transfer dari HTAR ke Hospital Sri Kota. Lepas transfer, lebih kurang sehari , urusan pembedahan dilakukan. Lepas beberap hari, ayah Rin dibenarkan discharge. Total bil dalam lebih kurang RM23ribu.Kos dibayar oleh medical card insurans XYZ tersebut. 

Alhamdulillah.. Sekarang ayah Rin masih dalam process untuk pulih. Sekarang masa untuk kita fikirkan beberapa perkara...

1) Kakitangan Kerajaan dapat rawatan percuma? 
Rawatan percuma,tapi kes nak masuk besi macam ni, besi tu kita perlu beli dulu dengan supplier. Dah selesai keluar hospital, besi boleh claim semula dgn jabatan masing2. Tapi soalannya, kita ada duit tak nak beli besi tu?? Itu baru 3 ribu, kalau jadi kat kita kene 13ribu? Ada duit tak nak upfront kan ? Kalau kita bukan kakitangan kerajaan, nak claim kat sapa? Anggap lah duit hangus..

2) Tempoh menunggu yang lama di emergency memang expected . Kita rasa kita sakit sangat, tapi sekeliling kita lagi kritikal. Untuk operation pun kadang2 bilik OT full untuk banyak kes lain yg lebih kritikal.  Sanggup tak nak tunggu dalam kesakitan? Saya tak menyalahkan hospital, sebab kita sendiri maklum macam mana ramainya pesakit hospital kerajaan.

3) ambil medical card tu bukan sebab kita nak bilik cantik2, hospital best2 semata2.. Yang kita kadang2 tak perasan, kita ada pilihan untuk dapat rawatan pada kadar paling segera. Sebab tu hospital swasta mahal. Kita perlu membayar harga rawatan segera tersebut selain membayar keselesaan di wad mereka. 

4) salah satu sebab lagi Rin nak transfer ayahnya,Rin kesian pada emak dia yang menemankan ayah nya di wad. Keadaan yang tak selesa,bersesak-sesak, susah ke bilik air,tak ada privacy menjaga aurat dan macam-macam lagi. Anda pernah terfikir?

Kalau semua yang membaca posting ni mampu dan layak untuk memiliki medical card dan bertindak segera untuk memiliki medical card, betapa baik nya kalian. Semoga Allah membalas kebaikan anda sebanyak-banyak nya.Dengan anda memiliki medical card dan mendapatkan rawatan dihospital swasta,anda :

1) Memberi ruang dan peluang pada golongan yang tak mampu dan tak layak mengambil medical card, mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. 

2) Anda dah membantu mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

3) Membantu orang lain mendapat rawatan lebih cepat sebab tempat2 dan giliran yang sepatutnya tempat dan giliran anda, anda beri pada orang lain sebab anda dah pergi ke hospital private.

Lepas kejadian yang berlaku pada ayah Rin, Rin rasa, nak tak nak Rin perlu jugak ada medical card. Dan Rin bertindak segera.
Anda bagaimana??

Hubungi saya untuk khidmat rundingan percuma :

HasanahNordin
012.682.7664
Wealth Planner
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful Berhad






Monday, November 23, 2015

Jadual Manfaat Health Enrich .. Pilihan Medical Card Terbaik!!!




Assalamualaikim wbt.
Allahumma salli `ala muhammad

Plan Health Enrich yang mana satu saya nak ambik ni ya? Tak tau  lah nak pilih...Confius...
Okay jom saya bantu anda buat pertimbangan. Sedikit yang anda perlu tahu secara general perbezaan antara 4 plan HE :

  1. HE Advanced - caruman bermula daripada RM300 sebulan untuk dewasa dan kanak-kanak.
  2. HE Premier - caruman untuk plan dewasa bermula daripada RM400 sebulan dan RM300 sebulan bagi kanak-kanak.
  3. HE Vital dan Select bermula daripada RM50 untuk kanak-kanak dan Rm100 untuk dewasa.
  4. HE Premier hanya ada perlindungan "Full Coverage" tak ada pilihan ko-takaful.
  5. Plan HE Vital tak ada perlindungan komplikasi kehamilan dan hanya ada pilihan ko-takaful.tak ada perlindungan "full coverage"
  6. HE Advanced dan Premier memberi perlindungan tambahan untuk pemindahan organ (tambahan kepada had tahunan dan seumur hidup)
  7. Ko-takaful 10% dengan had Minimum RM400 dan Maximum RM2,000
  8. Tiada penalti sekiranya upgrade bilik.Hanya bayar perbezaan harga bilik.

Okay sekarang kita tengok secara detail untuk setiap plan pulak ya.

HEALTH ENRICH VITAL






HEALTH ENRICH SELECT





HEALTH ENRICH ADVANCED




HELATH ENRICH PREMIER




So...Buat lah pilihan yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lengkap dan quotation :)


HasanahNordin
012.682.7664
hasanahnordin@gmail.com
Wealth Planner
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful 

Friday, November 20, 2015

5 Panduan Memilih Medical Card




Assalamualaikim wbt.
Allahumma salli `ala muhammad


Medical card bukan lah sesuatu yang baru kepada rakyat Malaysia. Memiliki medical card juga bukan lah hanya untuk golongan yang kaya. Kini, boleh dikatakan pelbagai lapisan masyarakat telah memiliki medical card. Tapi masih ada lagi yang tak tahu APA ITU MEDICAL CARD? Medical card adalah satu kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans dan takaful sebagai fasiliti tambahan untuk membolehkan pemegang kad tersebut mendapatkan rawatan di hospital-hospital panel tanpa perlu membayar menggunakan duit mereka sendiri atau hanya sekadar membayar pada kadar yang sangat minima.

Dalam memilih medical card,kadang-kadang macam sangat memeningkan kepala bagi sesetengah orang. Semua pilihan macam bagus.Semua pilihan macam baik. Jadi medical card yang mana satu yang perlu dipilih? Nak pilih medical card syarikat ABC ke XYZ? Kalau yang syarikat ABC ni,nak ambik plan DEF ke atau JKL?  Jom saya kongsikan 5 panduan dalam memilih medical card yang bersesuaian dengan kita. 


#1 - Medical Card standalone atau investment-link

Ada 2 jenis medical card dipasaran. Iaitu standalone medical card dan rider investment-link. Standalone medical card merujuk kepada medical card sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Medical card pada plan investment-link pula adalah rider yang diambil bersama-sama dengan produk lain.

Ciri-ciri Standalone Medical card

  • Harganya lebih rendah 
  • Tidak perlu mengambil produk asas
  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, medical card akan luput.



Ciri-ciri Investment-link medical card
  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding standalone)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan waiver(Sumbangan menjadi percuma apabila didiagnos sakit kritikal atau TPD)
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai.
  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas


Kesimpulan:Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jadi,bergantung kepada medical card jenis mana yang memenuhi keperluan anda bersesuaian dengan bajet kewangan anda.



#2 - Full Coverage atau Co-Takaful

Dua jenis medical card dari segi perlindungan adalah full coverage dan co-takaful. Pelan full coverage ialah suatu pelan medical card yang membayar 100% bill perubatan kecuali item-item yang tidak dilindungi seperti non-medical item dan alat sokongan seperti tongkat. 

Pelan co-takaful pula,berlaku perkongsian bayaran kos perubatan antara syarikat takaful dengan pemegang medical card. Sebagai contoh, Co-takaful 10% daripada bill.Maksudnya, pemegang medical card perlu menanggung 10% daripada jumlah kos perubatan dan syarikat takaful hanya membayar 90%.Sesetengah syarikat takaful menawarkan co-takaful dengan had tertentu seperti minimum RM300 dan maximum RM1,000.

Contoh :
            Jumlah bill : RM23,000
            Co-takaful : 10% dengan minimum RM300 dan max RM1,000
            Jumlah ditanggung pemegang medical card : RM1,000 (10% daripada 
             jumlah bill adalah RM2,300.Tapi Max co-takaful adalah RM1,000)
            Jumlah ditanggung syarikat takaful : RM22,000

Terdapat juga pelan co-takaful yang tiada had minimum atau tiada had maximum atau hanya ada had maximum tanpa had minimum tetapi mengenakan penalti yang lebih tinggi sekiranya pemegang medical card upgrade bilik hospital.

Contoh :
           Jumlah bill : RM23,000
           Co-takaful : 10% tanpa had minimum dan had maximum RM500. 
                             Sekiranya upgrade bilik, penalti 20% dikenakan tanpa  
                             had maximum.
           Harga bilik yang layak : RM200
           Upgrade bilik : Ya. (Bilik RM200 dan yang lebih rendah penuh dan 
                                 terpaksa upgrade kepada bilik RM250)
           Jumlah ditanggung pemegang medical card : RM4,600 (20% drp bill)
           Jumlah ditanggung syarikat takaful : RM18,400


Pemegang medical card perlu faham perbezaan antara co-takaful dan deposit. Deposit adalah wang cagaran yang diminta dan ditentukan oleh pihak hospital.Lain hospital lain jumlah nya. Sekiranya pelan anda adalah full coverage,jika hospital mintak deposit,wang deposit akan dipulangkan semula ketika discharge. Tetapi untuk pelan co-takaful,deposit akan dipulangkan setelah tolak dengan jumlah co-takaful.sekiranya tidak mencukupi,pemegang kad perlu menambah lagi untuk menampung kos co-takaful.

Kesimpulan : Pendapat peribadi saya ,pelan full coverage adalah lebih baik. Pemegang medical card tidak perlu pening kepala untuk menyediakan wang co-takaful disaat-saat kecemasan.


#3 - Had Tahunan dan had seumur hidup serta tempoh perlindungan

Pertimbangan lain adalah mengenai had tahunan dan had seumur hidup. Had tahunan adalah jumlah maximum yang boleh digunakan untuk setiap tahun manakala had seumur hidup adalah had keseluruhan sepanjang tempoh perlindungan medical card. Sekiranya pada tahun tersebut,penggunaan medical card melebihi had tahunan, pemegang medical card perlu menanggung sendiri lebihan tersebut dan pada tahun depan,had tahunan akan di set semula.Begitu lah seterusnya sehingga habis had seumur hidup.

Contoh :
            Tempoh perlindungan medical card : sehingga umur 80 tahun
            Had Tahunan : RM100,000
            Had seumur hidup : RM1,000,000 sehingga umur 80 tahun

            Had tahunan pada tahun 2014 :RM100,000
            Penggunaan bagi tahun 2014 : RM50,000
            Baki had seumur hidup : RM950,000

            Had tahunan pada tahun 2015 : RM100,000
            Penggunaan bagi tahun 2015 : RM100,000
            Baki had seumur hidup : RM850,000

Kebiasaannya, had tahunan ini berkadar langsung dengan kelayakan harga bilik. Semakin tinggi kelayakan bilik penginapan, semakin tinggi had tahunan dan had seumur hidup medical card tersebut. 

Contoh :
         1)   Kelayakan bilik : RM200
               Had Tahunan : RM60,000
               Had Seumur hidup : RM600,000

         2)   Kelayakan bilik : RM500
               Had Tahunan : RM200,000
               Had Seumur hidup : RM 4,000,000

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan adalah tempoh perlindungan medical card. Terdapat syarikat yang menawarkan perlindungan sehingga umur 70,80 dan ada juga yang sehingga 100 tahun.Kebiasaannya semakin lama tempoh perlindungan,semakin tinggi harga medical card tersebut.


Kesimpulan : Dengan keadaan inflasi yang agak tinggi dalam kos perubatan, pemilihan medical card yang mempunyai had yang tinggi adalah penting bagi mengelakkan masalah limit yang tidak cukup ketika mendapatkan rawatan.Dan tempoh perlindungan yang lebih lama adalah lebih baik.Tetapi semuanya bergantung kepada bajet kewangan anda.


#4 - Had rawatan kanser dan dialisis

Selain daripada had tahunan dan had seumur hidup, sesetengah syarikat insurans/takaful menetapkan klausa untuk had rawatan kanser dan dialisis diluar daripada had tahunan. Perkara ini juga perlu diambil kira.

Contoh :
          1) Syarikat A
              Had tahunan : RM60,000
              Had seumur hidup : RM600,000
              Had rawatan kanser dan dialisis setiap tahun : sehingga habis had 
                                                                                  tahunan
          
         2)  Syarikat B
              Had tahunan : RM60,000
              Had seumur hidup : 600,000
              Had rawatan kanser dan dialisis setiap tahun : RM20,000 setiap kes.

Kesimpulan : Perkara ini perlu diteliti.yang mana lebih mudah dan lebih baik? Pendapat peribadi saya,medical card dengan manfaat rawatan kanser dan dialisis tanpa had (boleh digunakan sehingga habis had tahunan) adalah lebih baik.


#5 - Guaranteed Renewal

Satu lagi faktor yang perlu anda tahu adalah adakah medical card tersebut guaranteed renewal atau pun yearly renewal basis? Guaranteed renewal ni maksudnya, selagi mana tiada penipuan dan selagi mana kita membayar caruman insurans/takaful tersebut, selagi itu kita mendapat perlindungan medical card tersebut.Syarikat tak boleh suka-suka hati membatalkan medical card kita walaupun kita dah claim ratusan ribu.

Manakala yearly renewal basis pula boleh saya samakan dengan insurans kereta. setiap tahun anniversary, kita perlu renew medical card tersebut. seperti juga kita renew insurans kereta. Masa kita renew insurans kereta, syarikat insuran/takaful akan semak kita punya claim history. Begitu jugak lah medical card yang tidak guaranteed renewal. Kalau kita punya claim history tinggi, syarikat berhak untuk tidak membenarkan pembaharuan medical card. Bayangkan pada ketika itu kita sedang sakit dan memerlukan rawatan,tiba-tiba syarikat insurans/takaful tidak membenarkan pembaharuan medical card.Apa anda rasa?

Kesimpulan : Medical card guaranteed renewal adalah yang terbaik berbanding yearly renewal. Kerana kelebihan nya,sudah pasti terdapat perbezaan harga antara dua jenis medical card ini.


Ini lah sedikit panduan yang dapat saya kongsikan dengan anda. Untuk melakukan perbandingan yang adil antara medical card, perbandingan hendaklah dilakukan secara "apple-to-apple". barulah anda akan dapat membuat perbandingan yang tepat. Sebagai manusia,kita mudah terpesona dengan tawaran-tawaran yang kelihatan menarik tapi tidak mengkaji adakah ia nya menarik diluaran sahaja atau luaran dan dalaman. Contohnya anda tertarik dengan tawaran elaun harian yang ditawaran bersama medical card tersebut. Tapi anda tidak mengkaji adakah elaun dibayar untuk kemasukan kehospital kerajaan atau swasta? Ditawarkan elaun harian tetapi terdapat penalti 20% tanpa had atau had yang tinggi jika upgrade bilik.Sedangkan bila melakukan kira-kira, contohnya untuk kemasukan ke wad selama 3hari 2malam kerana viral fever dan terpaksa upgrade bilik kerana bilik penuh, bayaran penalti itu lebih tinggi daripada elaun wad harian.Berbaloikah? Contoh lain nya,medical card yang menawarkan had tahunan yang tinggi dan tiada had seumur hidup tetapi perlu renew setiap tahun (yearly renewal basis), kelihatan bagus kerana boleh digunakan sebanyak-banyaknya, tanpa kita sedar ianya tidak guaranteed renewal.tiba saat kita nak renew,pembaharuan ditolak kerana claim history yang tinggi. 

Oleh itu,pertimbangan yang waras perlu dilakukan supaya tidak tersalah pilih. Jangan mudah terpesona dengan janji-janji manis ejen-ejen insurans/takaful.
Jika anda memerluan khidmat nasihat percuma, boleh hubungi saya . InsyaAllah saya akan membantu anda :)


HasanahNordin
012.682.7664
Wealth Planner
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful Berhad




Tuesday, November 10, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Tak Perlukan Takaful..

Assalamualaikum.
Allahumma Salli 'Ala Muhammad.

Bila bercerita pasal takaful,ada sebahagian daripada kita mengakui bahawa takaful itu penting  dan mereka bertindak segera untuk sign up plan takaful yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet mereka. Ada juga yang merasakan ia nya penting tapi tidak melakukan apa-apa tindakan.Mungkin tidak ada bajet,mungkin juga merasakan penting tapi tidak faham keperluan untuk segera bertindak.Dan ramai juga yang merasakan mereka tidak memerlukan takaful atas pelbagai alasan.

Kalau kebiasaannya prospek yang bagi pelbagai alasan pada ejen kenapa mereka tak mahu ambil plan takaful,hari ni saya sebagai ejen nak berikan 5 sebab kenapa anda tak perlukan takaful.




1) Anda seorang yang kaya raya. 
Jangan kata 7 keturunan,mungkin 7 kali 7 keturunan pun tak habis-habis duit tu..kalau dah sebegitu banyak nya duit,memang dah tak risau bab duit.Dan tak perlu ambik pampasan takaful untuk dijadikan sebagai hibah buat ahli keluarga..

Jika hari ni doktor sahkan anda sakit barah otak dan doktor kata kene pembedahan segera kos RM100,000..tak fikir panjang,dalam masa 1 minit anda serahkan duit pada doktor.Apa lah nak difikirkan,duit bukan masalah bagi anda.
Hutang piutang pun anda tak ada.sebab segala urusan anda akan bayar terus.Tak ada istilah hutang bagi orang kaya seperti anda.



2)Anda seorang yang dapat mengetahui masa depan
Kelebihan yang anda ada untuk mengetahui segala yang bakal berlaku dimasa hadapan,membuatkan anda dapat melakukan segala bentuk persediaan. Persediaan fizikal,mental mahupun kewangan. Anda boleh tahu secara jelas bila tarikh anda akan sakit,kemalangan mahupun meninggal dunia.

Maka tak ada istilah...
"Tak sangka nak accident.Kalau aku tahu,aku tak lalu jalan tu"
"Aku jaga kesihatan,tak sangka dapat penyakit jugak"
"Dia mati mengejut.Tak sempat nak selesaikan hutang-piutang,tak sempat nak tinggalkan wasiat"
Segala yang berlaku dan bakal berlaku boleh anda kawal dengan kelebihan mengetahui masa depan yang anda miliki itu



3)Anda ada kawan atau adik beradik yang sanggup susah senang bersama,bergolok bergadai demi anda
Adik beradik,saudara mara dan kawan-kawan anda semuanya orang yang sangat baik,sangat suka membantu dan sanggup melakukan apa sahaja demi anda.Kalau anda tak cukup duit untuk melakukan pembedahan jantung sebanyak RM60,000.. adik beradik,saudara mara dan kawan-kawan anda berebut-rebut datang nak menghulurkan bantuan kewangan.Pagi anda mintak bantuan,tengah hari dah cukup dah sumbangan kewangan yang anda dapat. 

Adik beradik,saudara mara dan kawan-kawan anda juga sanggup bagi sumbangan setiap bulan sama jumlah dengan gaji bulanan anda untuk memastikan anak-anak anda dapat meneruskan kelangsungan hidup andai anda meninggal dunia atau hilang keupayaan bekerja.Kalaupun mereka tidak cukup duit untuk membantu anda,mereka sanggup bergolok bergadai asalkan dapat membantu anda dan keluarga anda.


4) Anda seorang yang sangat penyabar
Tahap kesabaran anda memang tak dapat dipertikaikan lagi.Anda seorang yang sangat sabar untuk menunggu giliran untuk berjumpa pakar di hospital kerajaan untuk mendapatkan kepastian penyakit yang anda tanggung.Selepas dapat tahu penyakit anda,anda sekali lagi begitu sabar tanpa rungutan dan berkeluh kesah menanggung kesakitan untuk mendapat giliran untuk menjalani pembedahan.mungkin lagi berbulan-bulan atau mungkin juga bertahun-tahun.

Untuk mengeluarkan duit simpanan hasil caruman KWSP ataupun pampasan daripada socso jugak bukan satu bebanan buat anda.anda sabar walaupun terpaksa turun naik hospital untuk mendapatkan laporan perubatan dan turun naik pejabat KWSP dan SOCSO.


5) Syarikat tempat kerja anda sangat baik dan sentiasa menjaga kebajikan pekerja
Kebaikan syarikat tempat anda bekerja tidak diragui lagi.Kesemua kakitangan syarikat tersebut tetap dibayar gaji penuh walaupun sudah terlantar hilang upaya bekerja selama bertahun mahupun berpuluh tahun.Sehinggakan kakitangan yang telah meninggal dunia ketika masih dalam perkhidmatan, akan tetap dibayar gaji penuh kepada waris mereka.

Untuk kakitangan yang dah bersara pula, manfaat perubatan masih boleh digunakan sehingga mereka meninggal dunia.Alhamdulillah,kebajikan pekerja diutamakan.Pasti orang lain berasa sangat cemburu kerana anda bertuah dapat bekerja disyarikat yang sebegitu baik menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya



Jika anda salah seorang yang mempunyai sebab-sebab seperti yang saya berikan diatas, Tahniah...Anda boleh jimat duit dengan tidak perlu mangambil sebarang plan takaful.

Tapi kalau anda tidak mempunyai perkara-perkara yang saya senaraikan tu,ambil lah langkah bijak.Hubungi saya segera untuk khidmat rundingan takaful secara percuma.


HasanahNordin
012.682.7664
hasanahnordin@gmail.com