Saya 'kenal' perkataan slipped disc ni buat pertama kali sejak saya jadi ejen takaful. Sebelum tu, saya cuma tahu istilah sakit belakang. Dan sejak saya tahu tentang penyakit slipped disc , semakin ramai pulak saya dengar orang disekeliling saya yang mengalami masalah slipped disc. Yang mana,akhirnya saya sendiri mengalami nya. Cobaannn..
Symptom.
Ramai yang tanya apa symptom saya? Saya hanya rasa sengal2 belakang sekitar pinggang,bila saya duduk lama kemudian berdiri(berubah kedudukan). Sekitar seminggu saya rasa sengal2. Akhirnya petang jumaat 16/5/2014 , waktu sedang makan malam, saya bersin yang agak kuat. Terus saya rasa pinggang macam kene kunci. Langsung tak boleh bergerak. Sakit yang teramat sangat.
Mula2 saya ingat sakit belakang biasa je. Baring rehat nanti okaylah tu. tapi rupanya tak seperti yang saya fikirkan. Saya terpaksa makan pain killer (saya tak ingat jenis apa, suami saya bergegas ke klinik untuk dapatkan pain killer tu sebab saya langsung tak boleh bergerak) . Pain killer tu sangat2 kuat kesan nya. Makan sebijik,lepas 2-3 minit terus boleh berjalan tanpa rasa sakit.
Keesokannya saya buat keputusan untuk kehospital. Tapi bila bangun tidur,kesan pain killer dah habis. Saya tak boleh bergerak lagi skali. Saya makan pain killer buat kali kedua. Makan sebiji tak berkesan. Saya terpaksa makan 2 biji baru saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Tapi, kesan daripada pain killer tu, saya muntah-muntah. Nurse cakap, brand pain killer tu memang terlampau kuat dan akan beri kesan seperti muntah, pening kepala kalau kita tak tahan. Kesian buah pinggang saya.bekerja keras hari tu :)
Admit wad.
Pagi sabtu saya ke Hospital Pantai Klang. Terus ke Emergency Department. Mula-mula doktor kata tak perlu admit.sebab saya masih boleh naik katil sendiri tanpa bantuan.Doktor ketuk-ketuk guna alat dia pada bahagian kaki saya pun saya tak rasa sakit.normal ja.tiada kebas. Tapi bila saya disuruh bangun,saya tak boleh bangun. Maka doktor putuskan saya perlu ditahan di wad.Doktor mula isi borang untuk mohon GL daripada Prudential BSN Takaful. Alhamdulillah, tak ada sebarang masalah. Cuma GL agak lewat. Sebab ada deferment drp PruBSN Takaful mintak doktor bagi treatment plan.
Complaint GL Lambat
Ramai client kadang-kadang complaint, GL lambat dapat. Antara salah satu sebab daripada banyak sebab kenapa GL lambat adalah report yang tidak lengkap daripada pihak doktor. Pengalaman saya admit di Sri Kota Medical Centre pada tahun 2013, maklumat yang doktor isi dalam borang permohonan GL saya sangat lengkap. Saya sendiri baca borang tersebut. Diagnosis, treatment plan,investigation report(seperti blood test, urine, x-ray dll) semua telah diisi oleh doktor semasa melakukan permohonan GL. Alhamdulillah,GL saya lulus dalam tempoh kurang daripada 1 jam selepas pihak hospital fax application form tu. Bila segala maklumat lengkap, mudah bagi pihak insurans untuk proses permohonan kita.
Pengalaman
Ini bukan sekadar pengalaman pertama kali slipped disc, ia juga pengalaman pertama saya melakukan MRI. Sebelum tu hanya tengok gambar orang scan dalam 'terowong'. Hehe..setelah doktor diagnose saya mengalami slipped disc, doktor sarankan untuk saya melakukan rawatan facet block injection. Saya bersetuju sebab doktor kata tak ada sebarang side effect. Lagipun pada masa tu,saya tak terfikir pada sebarang rawatan alternatif lain.
MRI Report
X-Ray Report
Ini juga pengalaman pertama saya masuk bilik bedah. Saya tak melakukan pembedahan. Tapi rawatan tersebut perlu dilakukan didalam bilik bedah. Saya perlu baring meniarap dibawah mesin x-ray (tak sure apa nama dia) . Pengalaman pertama juga di bius seluruh badan. Process facet block injection sebanyak 6 joint . 2 point di L3/4,2 joint di L4/5 dan 2 joint di L5/S1. Proses hanya sekitar setengah jam.Tapi saya 'tidur' tak sedarkan diri hampir 2 jam. Bangun2 je saya terus terfikir "nasib baik hidup lagi" ..haha.
sumber gambar dari google. lebih kurang macam ni lah
masa process Facet Block Injection
Dalam keadaan yang sakit,saya rasa sebenarnya masa tu saya tak faham pun apa yang doktor terangkan tentang keadaan tulang belakang saya.Blur.. bila semuanya telah selesai,keadaan pun dah pulih,baru lah saya baca balik report-report dan google maklumat di internet..hehe
Kos Rawatan
Selepas 5 hari didalam ward, akhirnya saya discharge.total bill saya sebanyak RM8,320.50. Prudential BSN Takaful telah membayar bill saya sebanyak RM8,262.10 dan saya hanya membayar RM 58.40 untuk beberapa item yang tak dilindungi antaranya pendaftaran dan vitamin.
Lepas keluar wad, saya perlu menjalani sesi fisioterapi. Sesi fisioterapi juga di lindungi oleh PruBSN Takaful tapi reimbursement basis. Maknanya, saya bayar dulu untuk setiap sesi, kemudian claim balik dengan PruBSN Takaful.
Kesan Sakit
Bagi orang yang pernah mengalami masalah slipped disc, sedikit sebanyak, rasa kesakitan tu pasti akan dirasai lagi. Orang kata tak kan sembuh sepenuhnya.
Untuk sesiapa yang telah memiliki kad Perubatan Prudential BSN Takaful, jangan risau. Kerana Slipped Disc dilindungi oleh PruBSN Takaful. Tapi bagi yang telah mengalami slipped disc baru nak memohon kad perubatan, kebarangkalian yang tinggi adalah Exclusion untuk Slipped Disc. Mungkin juga postpone atau mungkin boleh jadi decline bergantung pada tahap seriusnya penyakit kita.
Akhirnya, nasihat saya,Sayangilah dan hargailah tubuh badan anda. Dan yang belum memiliki kad perubatan takaful, fikir-fikirkan lah. Kerana malang tidak berbau.
Saya sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu,cerita dan memberi khidmat nasihat takaful. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan : 012.682.7664





Salam saya nak tanya..Macam mana kita nak buat surat appeal mengatakan yang kita ni tak ada penyakit? Haritu saudara saya baru je warded dan dr tulis yang dia accute bronchitis..Ikutkan accute bronchitis tu biasa ja kan..And saudara saya plan untuk upgrade policy since policy dia dah lama and tak banyak benefits (kena tanggung 30% kos hosp)...
ReplyDeleteDisebabkan dia pernah masuk hosp, dia kena amik plan yang mahal sikit...Jadi, saya nak tnya..mcm mana kita nk buat surat appeal mengatakan kita ni sihat je? Terima kasih sudi menjawab soalan saya :)