Wednesday, September 9, 2015

HEALTH ENRICH.. Introduction



Medical Card HealthEnrich nie merupakan antara versi medical card yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh PruBSN takaful. Medical card ini dilancarkan pada pertengahan tahun 2013...Tujuan medical card ini dikeluarkan adalah untuk memberikan pilihan yang terbaik kepada client2 di luar sana yang sedang mencari atau ingin mendapatkan medical card atau tabung perubatan.

Macam biasa, kalau medical card yang baru keluar, sudah tentu ia akan offer manfaat yang lebih bagus.....sudah tentu...

Tapi apa yang specialnya medical HealthEnrich (HE) ni adalah setiap plan dapat benefit yang berbeza. Tak macam medical card yang ada kat market sekarang ni. MANFAAT SAMA, yang berbeza adalah AMOUNT COVERAGE. Tapi HE ni, bukan setakat jumlah coverage berbeza, malah, jenis manfaat pun berbeza.

Tapi yang paling penting adalah, HE ini menawarkan plan yang lebih baik dari Takaful Health 2 (TH2)....antaranya adalah...

1. HE menawarkan plan berbeza mengikut kemampuan client....semakin tinggi coverage (atau plan)...semakin banyak jenis manfaat dan jumlah coverage. Ini macam orang beli kereta la, kekadang ada features yang memang HANYA ada pada kereta yang high end (mewah)...dan tidak ada pada kereta2 yang entry level. Jadi, kalau nak features tu, kena le beli kereta yang lebih tinggi harga dan spec dia.

So, untuk client yang mampu untuk mendapatkan manfaat yang lebih tinggi, mereka dapat menikmati coverage yang lebih special.

2. HE menawarkan plan yang TIADA KO-TAKAFUL...iaitu full coverage...bill dibayar semua* (bergantung kepada terma dan syarat...iaitu kalau benda2 yang mmg tak boleh claim, sure tak boleh claim la)...Maksudnya, kalau dulu, ramai agent dari syarikat lain yang mendakwa bahawa medical card Prudential BSN Takaful ada kelemahan disebabkan ko-takaful. Tapi sekarang tiada lagi...tapi kalau client nak package yang lebih rendah disebabkan budget...boleh je amik yang ada ko-takaful (which is rendah sikit carumannya)

Bill hospital dibayar semua, kemudian lepas keluar ward, dapat pulak duit pocket. Sebagai pampasan yang mana maybe kena amik cuti tanpa gaji, sebab kena jaga anak. So, at least duit pampasan Elaun Hospital nie, dapat le cover cost yang kita sendiri tak perasan.

 3. KOMPLIKASI KEHAMILAN : Health Enrich menawarkan sejenis plan perubatan yang sangat unik, yang setakat ini PruBSN sahaja yang berikan manfaat tersebut. Iaitu, cover kompilasi disebabkan oleh kehamilan. Anda mungkin boleh check medical card yang ada kat market nie, ada tak yang cover komplikasi kehamilan macam mana medical card PruBSN HealthEnrich (HE) cover. Kalau tak de, so, anda tahu medical card mana yang anda patut pilih....:D.

Berikut adalah senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi. 


  1. Pembekuan Intravaskular
  2. Kehamilan Ektopik (Kandungan luar rahim)
  3. Kandungan Molar
  4. Pendarahan Postpartum memerlukan histerektomi
  5. Eklampsia
  6. Embolisme Cecair Amniotik
  7. Embolisme Pulmonari Semasa Mengandung
  8. Toksemia Semasa Mengandung





NOTE : 

1. Claim komplikasi kehamilan hanya boleh dibuat selepas setahun dari tarikh policy bermula
2. Reimbursement Basis (bayar dulu claim kemudian), ikut bill dan tertakluk kepada had di dalam plan.
3. Jumlah claim akan ditolak dari had tahunan dan had seumur hidup.


4. HE juga menawarkan kepada client untuk mendapatkan perkhidmatan exclusive di 5 hospital swasta yang utama di Malaysia...antaranya adalah Prince Court, Ampang Puteri Specialist Hospital, Gleneagles dan beberapa yang lain (saya tak berapa nak ingat)...Tapi, client perlu amik plan yang paling tinggi iaitu HE Premier.....In sha Allah anda berpuas hati dengan plan yang ditawarkan.




Terdapat 4 jenis plan untuk HealthEnrich nie...iaitu

1. HealthEnrich VITAL
2. HealthEnrich SELECT
3. HealthEnrich ADVANCE
4. HealthEnrich PREMIER

So, anda boleh pilih untuk mendapatkan plan mana yang sesuai dengan keperluan dan budget anda. Untuk manfaat details...anda boleh download brochure Health Enrich dari website PruBSN Takaful Berhad di www.prubsn.com.my. Atau anda boleh download terus kat sini...

Download BROCHURE HealthEnrich

Saya nasihatkan, anda supaya hubungi agent anda (utk yang dah ada agent)...kalau takde, boleh contact saya. Kenapa kena hubungi agent yang bertauliah?..sebab mereka tahu selok balik plan ni macam mana. And sebagai client, anda berhak mendapatkan maklumat yang tepat dan mudah difahami. 

Maklumat lanjut , sila hubungi HasanahNordin : 012-6827664 atau email hasanahnordin@gmail.com

CARA CLAIM


Sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang Takaful, ini merupakan perkara yang selalu ditanya oleh prospect atau client. 

Macam mana nak claim? ...Berapa lama boleh dapat claim?...Cepat ke lambat?.. Senang ke susah?... dan sebagainya yang berkaitan dengan claim..

Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim. 



Berikut antara cara-cara membuat claim untuk rujukan anda.

1- Claim Online (Bil dan Elaun)

Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).

Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful...



2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)

Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.

Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)

Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

Sama juga jika anda mendapatkan rawatan dihospital kerajaan.Anda juga boleh melakukan tuntutan semua jenis elaun yang layak.


4- Claim Accident (Medical/ MC)

Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.


5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)

Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.

Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.


Nota: sekiranya anda tidak mempunyai servicing agent, anda boleh hubungi saya ditalian 012-682 7664 sekiranya ada memerlukan khidmat nasihat & kemusykilan dalam proses membuat tuntutan insurans/takaful.

TAKAFUL PUTERI & TAKAFUL PUTERI PLUS







MANFAAT TAKAFUL PUTERI

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink). Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus. Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu :




Pelan Takaful Puteri menawarkan : 
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)





MANFAAT PENJAGAAN WANITA 

Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
  • Kanser berkaitan wanita :
    • Kanser Payudara 
    • Kanser Uterus Serviks
    • Kanser Tiub Falapio
    • Kanser Tiub Falapi
    • Kanser Ovari
    • Kanser Uterus
    • Kanser Vagina/Vulva
    • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks. Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan 
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

MANFAAT PENJAGAAN IBU

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar

Komplikasi Kehamilan
  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) 
  • Kehamilan Ektopik
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan)
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari)
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran) 
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi :
  • Sindrom Down
  • Kecacatan Vetrikel Septum
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Spina Bifida
  • Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota : 

Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan. Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut di talian 012-682 7664 atau email : hasanahnordin@gmail.com