Tuesday, July 28, 2015

PruBSN CrisisCover





Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan jenis tradisional (plan bertempoh / term plan) yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun. 


Plan ini memberi pilihan kepada anda sekiranya tidak mampu untuk memiliki polisi Takafulink kerana plan ni bermula serendah RM20 sebulan. Ia juga memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu


  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.

Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.


Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut dan quotation pelan PruBSN CrisisCover

HasanahNordin
012-6827664
hasanahnordin@gmail.com
Prudential BSN Takaful

PruBSN Protect / Protect Plus

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam pelan ini adalah:


PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.

Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan. 

Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.

Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.

Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.

Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan

Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.


Konsep PruBSN Protect Plus



Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut dan quotation pelan PruBSN Protect / Protect Plus

HasanahNordin
012-6827664
hasanahnordin@gmail.com
Prudential BSN Takaful

Monday, July 27, 2015

PruBSN Link Series





Pengenalan

Plan PruBSN Link Series merupakan plan yang sama dengan Takafulink yang lama. Cuma perbezaannya adalah, plan ini telah memenuhi piawaian terkiini yang telah ditetapkan oleh Bank Negara iaitu  "Takaful Operational Framework" atau TOF. Plan ini lebih mngkhusus kepada setiap peringkat kehidupan yang mana kita sendiri tahu, setiap peringkat tersebut mempunyai keperluan perlindungan dan perancangan kewangan yang berbeza.

Plan PruBSN Link Series ini lebih menekankan kepada keperluan perlindungan atau perancangan kewangan pada setiap tahap kehidupan. Iaitu bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan career, mula berkeluarga, keluarga berkembang, di puncak career dan akhir sekali selepas bersara.

Oleh itu, terdapat 3 pecahan atau komponen di dalam plan PruBSN Link Series yang kita boleh sesuaikan bagi memenuhi setiap peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas iaitu :

1. PruBSN FirstLink
2. PruBSN TakafuLink
3. PruBSN SmartLink

Dan setiap pecahan komponen ini disesuaikan untuk memenuhi semua peringkat kehidupan iaitu :

Belia (Orang yang baru mulakan career)
Baru Keluarga (Orang yang baru mendirikan rumahtangga)
Keluarga yang Berkembang (Orang yang sudah mempunyai anak dan umur pun sudah meningkat)
Pesara (Orang yang sudah bersara)

KONSEP TAKAFUL

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Shariah

 
Mempunyai Majlis Shariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif

 
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible

 
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi

 
Menyediakan 4 dana untuk memberi pilihan kepada anda
 

  • Dana Ekuiti
  • Dana Ekuiti Dinasti
  • Dana Urus 
  • Dana Bon

Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.


Monday, July 6, 2015

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL





Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) adalah hasil usahasama 2 syarikat gergasi iaitu Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan National (BSN). Ianya diberikan lesen Takaful oleh Bank Negara Malaysia pada 08.08.2006, dilancarkan oleh Tetamu Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Malaysia. Pemegang saham PBTB, BSN dan Prudential masing-masing memegang kepentingan 51 peratus dan 49 peratus dalam syarikat usaha sama tersebut.PruBSN mempunyai modal berbayar RM100 juta dan modal dibenarkan RM500 juta.

Syarikat usaha sama baru ini menawarkan rangkaian produk tabungan perlindungan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan unik Bumiputera, yang merangkumi 60% daripada penduduk Malaysia. PBTB ialah syarikat Takaful pertama di Malaysia yang yang mengeluarkan produk Takaful/Insuran Kesihatan, ‘Medical Card‘ yang berlandaskan Syariah yang kini pilihan utama rakyat Malaysia, bumiputera khususnya. Medical Card adalah Kad Perubatan panel hospital swasta yang membantu membiayai kos rawatan peserta di hospital tersebut.


Kedua-dua rakan kongsi ini adalah jenama yang dipercayai. Prudential membawa keupayaan global yang kukuh dan pengalaman yang luas dalam bidang insurans – iaitu hampir 160 tahun di Eropah dan lebih 80 tahun di Malaysia – ke dalam perkongsian ini. BSN pula adalah sebuah institusi kewangan yang terkemuka dan dihormati di negara ini. PBTB juga akan memanfaatkan kepakaran pembangunan produk antarabangsa Prudential, yang merupakan pemimpin dalam pasaran insurans berkaitan pelaburan. Di samping itu, kami memiliki produk penyakit kritikal dan perubatan yang kami percaya amat menarik bagi pelanggan takaful. Usaha sama baru ini juga akan memanfaatkan tenaga agensi Prudential berjumlah 7,000 orang dan juga rangkaian 387 cawangan BSN.